Forever Young

detik waktu
◕ Sunday, 2 September 2012 | 0 Talkie(s)
assalamualaikum . 
korang sehat ? aku sehat . alhamdullillah . hope korang pon sentiasa sihat di samping orang yang tersayang . chewahh ayat ! nak yang vogue je kan ? muahahahahhah . eh k ! sekarang aku nak story weyh . tapi sebelum tu layan dulu lagu ni 

uwaaaaaa....sedih <----- ni lha mood aku sekarang . kenapa ea ? koz dia ni haa.....
cehhh...sapa pulak manusia ni ? hehe . ni kakak aku lha weyh . tau tak kenapa aku sedih sebab dia . err,...tak tau n tak nak ambik tau ? eh ! peduli apa aku ! aku still nak cerita k ? okeyh....macam  ni ceritanya...pada zaman dahulu...
  • aku nak buat apa apa pun kena ada dia . dia nak buat apa apa mesti kena ada aku .
  • aku nak beli apa apa mesti kena tanya pendapat dia . dia nak beli apa apa mesti kena tanya aku walaupun jawapan aku sama je iaitu "entah !"
  • aku dengan dia tak pernah gaduh ! semua secret aku cerita kat dia tapi tak semua secret dia tak ada dalam poket seluar aku . entah lha ! tak muat kot . hehe
  • bila tak tahu nak buat apa, dia tarik rambut aku, aku tarik rambut dia sampai lha salah seorang dari kitaorang mengalah . 
  • masa bulan puasa, masing masing berlumba lari semata nak suapkan ummi kurma bila dah masuk waktu berbuka .
  • apa yang aku takut nak cakap kat ummi, aku akan cakap kat dia n dia yang akan ceritakan kat ummi . 
  • gaduh gaduh gedik dalam sehari adalah satu kewajipan bagi aku n kakak 
okey lha . kalau nak listkan semua, memang juling mata korang nak scroll benda ni ke bawah kan ? so, aku pendekkan je lha . yang lain biar lha aku dan dia je yang tau . *pinjam ayat jiwang si dia jap* . 
haa...ni dah kenapa tetiba muka macam kanak kanak ribena tengah marah ? wey ! sapa tak marah kalau ada orang lain yang panggil kakak aku dengan panggilan "akak" dengan maksud yang mendalam ? serius aku cakap, time aku dengar sepupu abang ipar aku panggil kakak aku "akak", i was like ----> hey kau !!!! tu kakak aku lha weyh ! kau sibuk kenapa ? oh shit . 
urm...apa apa pun, rela ke tak, aku tetap kena lepaskan kakak aku . tapi aku nak dia tau yang aku selalu sayang dia n aku takkan pernah berhenti jadi adik dia . dia tetap kakak aku dunia dan akhirat . tak ada apa yang dapat halang realiti tu . akak ! susah dan senang akak, orang selalu ada dengan akak . kak...mungkin orang tak pernah cakap tapi akaklah kakak yang terbaik pernah orang ada n tak ada sapa boleh ganti tempat akak . sebanyak mana pun akak lupa orang, takkan pernah sekali orang lupakan akak . urm . dah rak mampu menaip . kbhaiii :')


The End




Older Post . Newer Post